Wednesday, March 14, 2012

✿ Lafaz Yang Tersimpan ✿

Mungkin ibu lebih kerap menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi, tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang sering mendukung kita. Tapi, tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Sudah diberitahu! Jangan minum ais!". Tapi tahukah bahawa ayah sangat risau tika kita jatuh sakit?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam, Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Tetapi, kita telah melanggar kepercayaannya. Maka, ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerut dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.

Tetapi, apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan beliau pun berdoa " Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu, ayah hanya menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

~~~ Saya pun sayang abi saya. Tapi, saya tak pernah cakap kat abi yang saya sangat2 menyayanginya. Saya teringin sangat nak cium pipi abi. Nak peluk abi macam orang lain peluk ayah diorang. Sebagai tanda kasih seorang anak pada insan yang mulia bernama "ABI". Apakan daya, ianya hanya tersemat kukuh di hati tanpa diluahkan ~~~


Cinta Hatiku 


 Lafaz Yang Tersimpan 

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com