Sunday, July 8, 2018

.: Checklist Keperluan Ibu & Baby (1st part) :.

[Preparations in progress ❤]
Masa pregnantkan Abang Syahran dulu, mak takde eksaited macam ni buat preparation bagai. Maybe sebab bizi keje time tu, just prepare mana yang betul-betul perlu ja.

Pregnant kali ni, mak jadi details sikit bab nak sambut orang baru nih. Awal-awal dah siapkan checklist penting untuk ke hospital, dalam labour room dan berpantang kat umah nanti.

Bukan apa, pengalaman lepas bersalinkan Syahran betul-betul mengajar diri untuk berpantang dengan seriyess. Perit tau lepas bersalin, sakit lutut, sakit pinggang dan sengal-sengal tumit😭

Tulah.. sendiri punya pasal yang suka skip amalan pantang-larang time pantang. Suh bengkung, bengkung entah ke mana. Suh bertungku, tungku entah ke mana. Berpantang cara modenlah konon! πŸ˜‚

Okay. Here we go!
1st part checklist keperluan untuk ibu dan baby:
✅ Beg ibu - Beli kat Shopee je time offer.
✅ Beg baby - Dapat hadiah masa Syahran lahir.
✅ Beg labour room - Guna tote beg instead of zipper bag.
✅ Bakul baby - Beli kat MR. DIY siap penutup lagi.
✅ Pampers - Free redeem dengan kod dalam plastik Drypers.
✅ Pad ibu - Lebihan pad yang beli sebelum pregnant.
✅ Minyak baby - Syahran punya ada extra.

Lain-lain barang on the way.

Fuh! Banyak lagi yang belum ber☑ nih! πŸ’¦
Selow-selow naa😁

| Every mum's dream,
NurulNaim Razali ❤






Saturday, June 30, 2018

.: Every Mum's Dream ❤ :.

Berkurun blog ni ditinggalkan tanpa jejak.
Tetiba terasa rindu sangat nak menulis, membebel dan membawang kat sini πŸ˜‚

Biasanya fesbuklah tempat membawang. Tapi sejak berbadan dua ni, mood nak berfesbuk ke laut dalam sokmo. Kasi chan-lah Abam Mark Juki rindu lebih sikit kat ai πŸ™Š

Blog ni bukan akan dijadikan my second diary pun, just nak jadikan ia platform baru untuk sharing, sharing dan terus sharing benda yang bermanfaat.

InsyaAllah. Doakan tau 😘

All right, till then.
Mukaddimah yang pendek saja untuk kali ni.

[Mak bakal anak dua]

| Every mum's dream,
NurulNaim Razali ❤

Tuesday, January 28, 2014

♥ Prince Court, Here I Come! ♥

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... 
Masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Semoga diperkuatkan diri mengadapi liku2 hidup ini. 

Hari ni genaplah sebulan saya meninggalkan tempat kerja pertama dlm buku kehidupanku, Well Again Diagnostic Centre (WADC) sebagai staff nurse. Banyak yang dipelajari setelah selama sebulan setengah menjemput rezeki di sana. Actually, bukanlah skill sebagai staff nurse yang dimaksudkan. Ianya lebih berharga daripada itu. Ketika di sana, sahabat adalah kunci kekuatanku selain Yang Maha Kuasa, suami tercinta & famili tersayang. Yelah... 101% menjadi kuli2 boss di sana sangat mencabar kesabaran. Kami staff nurse di sana bukan sahaja menjadi nurse, malah lebih dahsyat dari itu. Bak kata orang, ambil Degree in Nursing, Master in Cleaner  & PHD in Bangla. Hahaha~ Sadis betol! Tapi, di saat inilah saya mula bertatih mengenali dunia dan siapa itu sebenarnya sahabat (ku hanya mampu tersenyum :).

Alhamdulillah... Berkat kesabaranku, Allah dah buka jalan seluasnya untuk saya melangkah keluar daripada terus ditindas, juga rakan-rakan seperjuangan yang lain. Rezekiku Allah dah tetapkan di Prince Court Medical Centre (PCMC), sebuah hospital swasta under Petronas. Alhamdulillah tak terkira kerana disaat saya membuat keputusan untuk resign dari WADC, terus dapat call dari HR PCMC untuk hired me as one of the new staff nurse there. Allahurabbi... RezekiMu sangat luas. Dahla dapat call time tu hari Jumaat, after solat Jumaat dalam +-2.45pm, 201213. Keberkatan hari Jumaat :)

InsyaAllah, next week will be my 1st day untuk lapor diri kat PCMC after everything solved, smoothly. Thank you Allah. Pray for the best for me at the new workplace. Hunting for #experience #rezeki #ibadah 

P/s: Awal2 dah dapat -ve feedback dr 1 of my friends.
She even doesn't know how to live on her own.
Dia juga tak lalui apa yang dah saya lalui.
Of course, she can talk.
But then, I will surely ignore yours -- feeling positive :)

Monday, December 30, 2013

Hadiah Buat Ummi & Abi

Wednesday, December 11, 2013

♥ 11.12.13 ♥

< 11.12.13 >

Sangat cantik susunan nombor ni.
Mesti ramai yg grab tarikh ni utk buat tarikh yg bersejarah dlm hidup mereka.

Me too -_-
(Our 4th month anniversary)

Berconvo bersama suami tercinta ~ feeling blessed :)

P/s: Dah 4 bulan kita kahwin sayang.
Sekejap je masa berlalu...

Monday, November 11, 2013

♥ Allahumma Yassir Wala Tu'assir ♥

Credit to my OP Abe Sham

Terlalu banyak dugaan utk kita.
Harap kita akan sentiasa sabar & tabah.
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin"

P/s: Happy 3rd month anniversary abang :)

Saturday, November 9, 2013

♥ With Him, I'll Never Be Alone ♥


P/s: Allah, please be with me.
Always :(
 

Blog Template by BloggerCandy.com