C.I.N.T.A. @ L.O.V.E. @ الحب @ 사랑 @ 爱
"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Maka cinta yang seperti ini merupakan muara kebahagiaan".
(Imam Ibnu Qayyim)
Fitrah manusia memerlukan cinta dalam hidup mereka.
Cinta tidak hanya ditafsirkan kepada cinta sepasang kekasih antara lelaki dan wanita semata, tapi ia merangkumi semua aspek cinta yang lain. Cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah, cinta pada ibu bapa dan cintakan keamanan juga adalah antara simbolik cinta yang ada.
Bagi seorang wanita, cinta yang lebih bererti buatnya selain cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah dan cinta pada orang tuanya adalah cinta pada suaminya kerana cinta inilah yang akan membawanya ke Syurga hakiki.

Cinta yang berlandaskan kecintaan kepada Allah merujuk kepada cinta untuk mencari redha Allah dan berpandukan syariat Islam. Cinta inilah yang mampu membahagiakan hati para pencinta dan menenangkan jiwa mereka.
Mereka yang bercinta kerana Allah masih mampu untuk menilai baik buruk sesuatu perkara dan mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri kerana takutkan azab Ilahi. Mereka juga yakin bahawa ikatan suci yang mendapat keredhaan Ilahi ini akan membawa keberkatan dalam hidup mereka.
Satu-satunya jalan yang disarankan dalam Islam untuk menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita adalah melalui ikatan PERKAHWINAN.
Namun, disebabkan kekangan hidup, sesetengah daripada mereka masih belum mampu untuk mendirikan Syurga yang diimpikan. Tapi, seharusnya mereka tidak perlu merasa resah dan gelisah menanti tiba saat untuk diijab kabul, kerana janji Allah itu pasti.
Jodoh dan pertemuan adalah ditanganNya. Sebagai hambaNya, kita seharusnya berusaha dan bertawakal kepada ketentuan Ilahi.
Dalam tempoh sedemikian, seeloknya kita mengisi masa yang berbaki ini untuk menilai kembali diri masing-masing serta memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Usah terburu-buru untuk memburu cinta manusia, kerana Allah telah menyediakan seseorang yang terbaik untuk hambaNya yang soleh.
Jangan hanya MENCARI pasangan yang soleh, seharusnya diri sendiri perlulah MENJADI solehah.

Bagi mereka yang belum menyemai cinta, sebaiknya tidak perlu gusar untuk mencari pasangan untuk bercinta. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan seseorang yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti!
Bagi mereka yang sudah menyemai cinta dan belum berpeluang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat, belum terlambat lagi untuk mengubah konsep BERCINTA kepada BERSAHABAT.
Bersahabatlah secara sihat tanpa unsur-unsur yang jauh terpesong dari syariat dan tanpa menunjukkan kasih sayang dan cinta yang berlebihan. Bersahabatlah untuk saling mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Pohonlah kekuatan dan petunjuk dari Allah, semoga hati kita akan kuat untuk berjihad di jalanNya.

Wallahualam.
| Every mum's dream,
NurulNaim Razali❤
| Every mum's dream,
NurulNaim Razali❤
0 comments:
Post a Comment