Alhamdulillah...
Settle kursus nikah selama dua hari di Dewan Seminar Masjid Negeri, Kuantan. Banyak ilmu-ilmu baru yang dapat disamping refresh balik ilmu-ilmu basic yang ada. Now, dapat ingat balik, ape itu Iman, Islam dan Ihsan, rukun Iman, rukun Islam, rukun solat dan etc.
Dan objektif utama kursus pra-perkahwinan ni, of course la nak tau realiti hidup dalam fasa perkahwinan ni. Ape yang saya dapat, perkahwinan adalah sebenarnya bermaksud "perkongsian hidup". Secara realitinya, ia bermula awal lagi iaitu sebelum bernikah. Ehem... Jangan silap faham ye.. Maksudnya dijelaskan dalam situasi ini:
Trend terkini, duit hantaran paling sikit pun orang akan letak 10 + 3 [0] kat belakang = 10,000 = 10K. Then, in case la, lelaki itu hanya golongan biasa2, bukan engineer, bukan doktor, bukan cikgu, bukan anak dato' dan bukan cucu dato'. Pendek kata, lelaki biasa sahaja yang gajinya hanyalah 2K sebulan (Minta maaf, saya bukan nak memperkecilkan golongan yang bergaji sederhana atau kecil). Cuba bayangkan di mana mau dicekupnya duit sebanyak itu. Ni pun tak campur lagi dengan barang hantaran, pelamin nikah, fotografer, jamuan makan, etc. Jadinya, demi memenuhi hasrat 10k tadi, si perempuan pun bersetuju lah untuk berkongsi duit hantaran itu half-half. Maksudnya, 5K-5K sorang. So, di sinilah detik bermulanya perkongsian hidup itu.
Then, adab antara suami dan isteri:
1. Time makan, jangan sentuh lauk selagi si suami belum menyentuhnya.
2. Time tengok tv, kalau suami duduk kat bawah, si isteri janganlah duduk di atas sofa. Seeloknya duduklah di bawah bersama suami.
3. Etc.. (Tak ingat doh.. Huhu...)
Selain tu, ada jugak diterangkan akhlak suami isteri, komunikasi dalam rumahtangga, kesihatan keluarga & etc. Pendek kata, 2 hari yang cukup full dengan ceramah rumahtangga.
P/s: Alhamdulillah. Dah boleh kahwin lepas ni. Tapi HIV test jangan lupa. HIV test valid for 6 months. So, bulan 3 nanti insyaAllah, akan diusahakan.