Sunday, February 26, 2012
Wednesday, February 22, 2012
✿ Jom Kira Bajet Kahwin ! ✿
Agak2 berape bajet nak kahwin ni yer?
5K cukup tak?
Ke kena ada 10K? 15K? 20K? or 50K?
Manelah nak korek duit sapa ber K-K tu.
Dah la tak kerja lagi.
Takkan 200% nak harapkan bakal suami?
(Botak la bakal suami aku nanti :P)
Mintak sponsor ngan Datuk K bleh tak ? Huhu . . .

Ni contoh bajet belanje kahwin trend masa kini.
Yang nak kahwinnye korang, so korang decide ler sendiri…
![]() |
Source : Cikgu Google |
![]() |
Source: Cikgu Google |
Susah gak nak kahwin kalau nak ikut trend kahwin sekarang.
Tapi, kenapa Ustaz Azhar cakap nak kahwin ni senang je ?
![]() |
Source: Abang Facebook |
Sebab bajet kahwin ikut trend Islam macam ni je . . .
![]() |
Source: Abang Facebook |
See? Islam makes our life much easier ! Right ?!
Monday, February 20, 2012
✿ Kerana Dia Pilihanku ✿
Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang bakal bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang sentiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai
Dia sentiasa mengajak aku berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku akan pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya dunia ini hanyalah pentas lakonan
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil lakonan akan diputuskan di padang Mahsyar kelak
Dia sentiasa menjaga matanya dari maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya dugaan itu yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan Islam
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia

Kerana agamanya dan cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya
Andai dia hilangkan cintanya
Maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia ???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihanku...
Subscribe to:
Posts (Atom)